Saturday 5 May 2012

KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA DAN KAUNSELING SBP KEBANGSAAN

Pada tahun 2011 yang lalu,, PRS SESTER telah berjaya dengan cemerlang dalam Karnival Pendidikan Kerjaya dan Kaunseling Zon Timur dan Kebangsaan... Dalam peringkat Zon Timur, UBK SESTER telah menghantar 4 pasukan iaitu pasukan Eksplorasi Alam Kerjaya (EAK), Folio Kerjaya, Inovasi PRS dan Kain Rentang Kerjaya.. Karnival Zon Timur telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) selama 2 hari. Alhamdulillah,, kali ini, SESTER telah berjaya dengan cemerlang apabila pasukan EAK mendapat johan, Folio Kerjaya mendapat naib johan sekali gus melayakkan mereka untuk bersaing ke peringkat kebangsaan. Pasukan Kain Rentang berjaya mendapat tempat ketiga.

Karnival Pendidikan Kerjaya dan Kaunseling peringkat Kebangsaan pula diadakan di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA) Kedah. Kontijen zon timur yang terlibat ialah :

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit (BRAiNS)
- Kain Rentang
- Folio Kerjaya

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER)
- Eksplorasi Alam Kerjaya
- Folio Kerjaya

SBP Integrasi Tun Abdul Razak (INSTAR)
- Eksplorasi Alam Kerjaya
- Inovasi PRS

Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA)
- Inovasi PRS

SBP Integrasi Temerloh (IT)
-Kain Rentang

Alhamdulillah, pasukan Folio Kerjaya SESTER berjaya menggondol naib johan stelah berjaya menewaskan pasukan Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS) tetapi tewas dengan SBPI Batu Rakit (BRAiNS).

Pasukan EAK SESTER

Kontinjen SESTER

Naib Johan Folio Kerjaya

Folio Kerjaya SESTER

Di SAINA

Pejuang SESTER

STF punye kontinjen

Pebentangan EAK
Tahniah Zon Timur sebab juara keseluruhan... tahinah juga PRS SESTER!!!!

Friday 4 May 2012

Lawatan Penanda Aras PRS 2012

Pada 28 Mac hingga 1 April 2012, Pembimbing Rakan Sebaya SESTER telah mengikuti satu lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SESTER. Lawatan ini telah disertai oleh 20 orang PRS Karta XII dan 10 orang ketua dan penolong ketua kelas. Guru pengiring pula ialah cikgu Nurlina, cikgu Almeida dan Ustaz Wan Farid Hilmi. Lawatan diadakan di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya, Shah Alam dan Melaka. Antara tempat yang telah kami lawati ialah :-

a.) Management and Science University (MSU)
b.) Jabatan Perdana Menteri Putrajaya
c.) Sekolah Seri Puteri (jalinan bestari PRS)
d.) Universiti Putra Malaysia (UPM)
e.) Muzium Samudera Melaka
f.) dan banyak lagi

koleksi gambar lawatan kami :-

Penerangan mengenai SSP

Bergambar di UPM

Di Muzim Samudera Melaka

Pintu Utama SSP

Penerangan daripada KPRS SESTER

Jabatan Perdana Menteri

Perkarangan SSP

Penerangan dri pihak MSU

Penerangan daripada KPRS SSP merangkap KP SSP

Perkongsian Maklumat
Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama terutamanya pihak Pembimbing Rakan Sebaya dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SSP kerana telah sanggup menerima kehadiran kami dari SESTER. Semoga hubungan SBP antara SBP bertambah baik dalam menjayakan misi SBP kita. akhir kata " Bantu Diri untuk Bantu Orang Lain".

Wednesday 7 March 2012

SBPI BATU RAKIT

SM SAINS KUALA TERENGGANU

SEKOLAH SERI PUTERI

SM SAINS ALAM SHAH


Ha..... inilah sekolah-sekolah yang akan membuat jalinan dengan  PRS SESTER... hebat tak?? hebat kan... diam - diam berisi.... hahaha.... jadi jangan pandang rendah pada kami... InsyaAllah,, kami akan menaikkan nama sester untuk kita semua!!!! Majulah PRS untuk SESTER!!!

Monday 5 March 2012

PENING!!!

Kami PRS SESTER semakin sibuk dalam menjayakan program kami... banyak program yang telah kami rangkakan untuk pelajar sekolah... dalam perangkaan  kami mungkin byak program akan diadakan selepas cuti bulan 3 ini terutamnya untuk form 4... Salah satu projek mega kami yang sepatutnya diadakan pada malam 6 Mac 2012 terpaksa ditunda kepada tarikh yang lain... kepala kami semakin pening... tetapi dengan keazaman kami untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk warga SESTER,,, terpaksa kami korbankan diri kami, 
Diharap warga SESTER bersabar menunggu kemunculan kami dengan penuh kejutan bersama elemen-elemen yang baru. antara projek yang sedang dirangka oleh kami ialah

a.)Jalinan Bestari PRS SESTER-PRS BRAINS
b.)Outreach Sekolah Rendah Kuala Terengganu
c.) Lawatan Penanda Aras PRS SESTER
d.) Jalinan Bestari PRS SESTER-PRS SSP (Sekolah Seri Puteri)
e.) Program Silaturrahim PRS XII - Pelajar XIII
f.) Tayangan Filem 
g.) dan lain-lain yang menarik!!!!

Diharap semua boleh memberikan kerjasama kepada kami....





Saturday 25 February 2012

KEJUTAN!!!


Pelbagai program sedang dirangka oleh pihak kami PRS SESTER dalam misi untuk mentransformasikan pelajar sekolah... nantikan dan jangan terkejut dengan apa yang akan kami lakukan...... JENG JENG JENG.....



Friday 24 February 2012


Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.

  1. Masa sebelum tidur -  masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
  2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
  3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
  4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
  5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
  6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
  7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
  8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
  9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
  11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
  12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
  13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
  14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
  15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
  16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
  17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
  18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
  19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
  20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)


Dinner PRS.....





Pada malam 22 februari, semua Pembimbing Rakan Sebaya SESTER telah dijemput oleh Encik Almeida Mohd untuk menghadiri majlis makan malam di Pizza Hut!! ahahhaa... baiknye cikgu kami kan??hehehe.. semua PRS hadir pada malam tersebut diiringi oleh Cikgu Nurlina, Cikgu Lotfiah dan Cikgu Almeida..Kami ke Pizza Hut cawangan Giant KT menaiki coaster kami.. kami makan kenyang...






Setiausaha dan naib setiausaha




jejaka PRS
XII terbalik

Cikgu Almeida dan Keluarga
Cikgu Lotfiah dan Cikgu Nurlina