Saturday, 5 May 2012

KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA DAN KAUNSELING SBP KEBANGSAAN

Pada tahun 2011 yang lalu,, PRS SESTER telah berjaya dengan cemerlang dalam Karnival Pendidikan Kerjaya dan Kaunseling Zon Timur dan Kebangsaan... Dalam peringkat Zon Timur, UBK SESTER telah menghantar 4 pasukan iaitu pasukan Eksplorasi Alam Kerjaya (EAK), Folio Kerjaya, Inovasi PRS dan Kain Rentang Kerjaya.. Karnival Zon Timur telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) selama 2 hari. Alhamdulillah,, kali ini, SESTER telah berjaya dengan cemerlang apabila pasukan EAK mendapat johan, Folio Kerjaya mendapat naib johan sekali gus melayakkan mereka untuk bersaing ke peringkat kebangsaan. Pasukan Kain Rentang berjaya mendapat tempat ketiga.

Karnival Pendidikan Kerjaya dan Kaunseling peringkat Kebangsaan pula diadakan di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA) Kedah. Kontijen zon timur yang terlibat ialah :

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit (BRAiNS)
- Kain Rentang
- Folio Kerjaya

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER)
- Eksplorasi Alam Kerjaya
- Folio Kerjaya

SBP Integrasi Tun Abdul Razak (INSTAR)
- Eksplorasi Alam Kerjaya
- Inovasi PRS

Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA)
- Inovasi PRS

SBP Integrasi Temerloh (IT)
-Kain Rentang

Alhamdulillah, pasukan Folio Kerjaya SESTER berjaya menggondol naib johan stelah berjaya menewaskan pasukan Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS) tetapi tewas dengan SBPI Batu Rakit (BRAiNS).

Pasukan EAK SESTER

Kontinjen SESTER

Naib Johan Folio Kerjaya

Folio Kerjaya SESTER

Di SAINA

Pejuang SESTER

STF punye kontinjen

Pebentangan EAK
Tahniah Zon Timur sebab juara keseluruhan... tahinah juga PRS SESTER!!!!

Friday, 4 May 2012

Lawatan Penanda Aras PRS 2012

Pada 28 Mac hingga 1 April 2012, Pembimbing Rakan Sebaya SESTER telah mengikuti satu lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SESTER. Lawatan ini telah disertai oleh 20 orang PRS Karta XII dan 10 orang ketua dan penolong ketua kelas. Guru pengiring pula ialah cikgu Nurlina, cikgu Almeida dan Ustaz Wan Farid Hilmi. Lawatan diadakan di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya, Shah Alam dan Melaka. Antara tempat yang telah kami lawati ialah :-

a.) Management and Science University (MSU)
b.) Jabatan Perdana Menteri Putrajaya
c.) Sekolah Seri Puteri (jalinan bestari PRS)
d.) Universiti Putra Malaysia (UPM)
e.) Muzium Samudera Melaka
f.) dan banyak lagi

koleksi gambar lawatan kami :-

Penerangan mengenai SSP

Bergambar di UPM

Di Muzim Samudera Melaka

Pintu Utama SSP

Penerangan daripada KPRS SESTER

Jabatan Perdana Menteri

Perkarangan SSP

Penerangan dri pihak MSU

Penerangan daripada KPRS SSP merangkap KP SSP

Perkongsian Maklumat
Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama terutamanya pihak Pembimbing Rakan Sebaya dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SSP kerana telah sanggup menerima kehadiran kami dari SESTER. Semoga hubungan SBP antara SBP bertambah baik dalam menjayakan misi SBP kita. akhir kata " Bantu Diri untuk Bantu Orang Lain".