Saturday, 5 May 2012

KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA DAN KAUNSELING SBP KEBANGSAAN

Pada tahun 2011 yang lalu,, PRS SESTER telah berjaya dengan cemerlang dalam Karnival Pendidikan Kerjaya dan Kaunseling Zon Timur dan Kebangsaan... Dalam peringkat Zon Timur, UBK SESTER telah menghantar 4 pasukan iaitu pasukan Eksplorasi Alam Kerjaya (EAK), Folio Kerjaya, Inovasi PRS dan Kain Rentang Kerjaya.. Karnival Zon Timur telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) selama 2 hari. Alhamdulillah,, kali ini, SESTER telah berjaya dengan cemerlang apabila pasukan EAK mendapat johan, Folio Kerjaya mendapat naib johan sekali gus melayakkan mereka untuk bersaing ke peringkat kebangsaan. Pasukan Kain Rentang berjaya mendapat tempat ketiga.

Karnival Pendidikan Kerjaya dan Kaunseling peringkat Kebangsaan pula diadakan di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA) Kedah. Kontijen zon timur yang terlibat ialah :

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit (BRAiNS)
- Kain Rentang
- Folio Kerjaya

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER)
- Eksplorasi Alam Kerjaya
- Folio Kerjaya

SBP Integrasi Tun Abdul Razak (INSTAR)
- Eksplorasi Alam Kerjaya
- Inovasi PRS

Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA)
- Inovasi PRS

SBP Integrasi Temerloh (IT)
-Kain Rentang

Alhamdulillah, pasukan Folio Kerjaya SESTER berjaya menggondol naib johan stelah berjaya menewaskan pasukan Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS) tetapi tewas dengan SBPI Batu Rakit (BRAiNS).

Pasukan EAK SESTER

Kontinjen SESTER

Naib Johan Folio Kerjaya

Folio Kerjaya SESTER

Di SAINA

Pejuang SESTER

STF punye kontinjen

Pebentangan EAK
Tahniah Zon Timur sebab juara keseluruhan... tahinah juga PRS SESTER!!!!

No comments:

Post a Comment